Panduan untuk diriku..yang ku google dan rasanya tulisan ini boleh aku jadikan panduan.Info diperolehi dari :
Satu kaedah dalam menangani sejenis penyakit yang agak ramai
juga yang mengalaminya di kalangan lelaki / perempuan iaitu kencing tiris atau
tak lawas (salasul baul). Di mana, lazimnya, ketika sujud dalam solat, air
kencing akan didapati menitis, samada setitis sahaja dan mungkin ada juga yang
mengalami lebih dari itu.
Hal ini akan menimbulkan gangguan dan keresahan bagi pesakit yang menghidapinya, kerana rasa bersalah, rasa solat terganggu dan perlu membersihkan peralatan solat seperti kain solat, sejadah dan lain-lain untuk solat yang seterusnya.
Ada pun menurut ilmuan fekah (fuqaha), hukum solat seseorang yang menghidap penyakit ini adalah sah, kerana air kencing itu tidak dapat dikawal, sesuai dengan firman Allah:

Akan tetapi, sekiranya salasul baul ini
benar-benar diyakini [bukan suatu sangkaan], maka anda hendaklah berwudhu
setiap kali hendak menunaikan solat dan membersihkan pakaian anda, dan apabila
anda telah berwudhu, anda tidak perlu menghiraukan air kencing yang keluar
antara wudhu dan solat anda. Inilah yang dijelaskan oleh Syaikh Abu Malik Kamal
bin As-Sayyid Salim dalam kitab Shahih Fiqih Sunnah. Dan menurut beliau juga,
perkara yang sama dilakukan bagi individu yang menghadapi masalah salisul madzi
[air madzi keluar terus menerus] dan wanita yang menghadapi masalah istihadhah.
Para ulamak fuqaha ada menyebutkan beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah, selepas selesai membuang air kecil, lakukan istibrak (berdehem-dehem), atau mengurut - ngurut bahagian bawah kemaluan (antara dubur dan qubul) dengan jari atau menggerak-gerakkan kaki [seperti orang berjalan]. Menurut Syaikh Ibnu Jibrin pula [dalam Fatawa Islamiyyah], anda harus membasuh kemaluan anda dengan air yang sejuk setiap kali anda selesai membuang air kecil kerana perkara itu akan menghentikan keluar air kencing.
Kaedah-kaedah yang disarankan oleh ulamak fuqaha ini memang berkesan, walau bagaimana pun masih ada sebilangan kes di mana, walau pun telah beristibrak, mengurut-ngurut dan lain-lain, namun, masih didapati air kencing menitis ketika solat.

Oleh itu, di sini, saya ingin kongsikan satu
lagi kaedah yang saya gunakan, dengan izin Allah, ianya berkesan pada diri
saya, semoga memberi manfaat pada individu lain.
Caranya ialah, selepas selesai membuang air keci, beristibrak dan mengurut bahagian yang disebut tadi, lakukan kemutan pada otot-otot dubur, (umpama ketika hendak memutuskan najis ketika membuang air besar). Lakukan kemutan ini dengan kadar perlahan, dan makin lama makin kuat (kira-kira 30 saat atau lebih) dan akhirkan kemutan dengan satu kemutan yang kuat. Selepas itu, basuhlah bahagian yang perlu dibasuh, dan ambil wudhu dan solatlah. InsyaAllah, mudah-mudahan, tiada lagi walau setitis najis keluar ketika sujud dalam solat.

Penambahan, ketika membasuh anggota sulit,
bacalah niat istinjak:
نويت ايستينجا' ا' مينال باولي للهتعال
Nawaitu istinja'i minal bauli lillahitaala.
(Lafaz niat ini diajarkan
oleh Allahyarham Tuan Haji Ustaz Daud Bin Abdul Ghani- Imam besar Masjid
Rawang)