Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 17, 2009

KESIHATAN

KHASIAT PISANG
PendidikanOleh:HambaAllah

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.Tekanan

Darah Tinggi:Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!Lain-lain

Penyakit Kulit:Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Komen:

Ayahandaku dulu sgt suka makan pisang..setiap hari akan ada pisang di meja makan dan dia akan makan setiap habis makan nasi. Betapa sebenarnya buah tempatan kita ni banyak khasiat cuma tidak kita manafaat dengan sepenuhnya dan kita tidak mempunyai ilmu tentang khasiatnya..lepas ni cuba nak jadikan pisang benda yang mesti di makan setiap hari.

Thursday, August 27, 2009

Ramadan

Amalan Dalam Bulan Ramadan

PAGI

  1. Solat sunat Subuh dan fardu Subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya

  2. Zikir

    • La Ilahaillahllah (sebanyak-banyaknya)
    • Allahu Akbar - Seratus kali sebelum naik matahari (tiada Tuhan melainkan Allah)
    • Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasullullah, pada setiap saat dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah)
    • Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata)

  3. TASBIH: (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat) (Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung)

  4. SELAWAT : Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali
  5. SOLAT SUNAT

    • Solat sunat Isyraq
    • Solat sunat Dhuha
    • Solat sunat Tasbih dan
    • Membaca al-Quran
    • Membaca doa taubat 'Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)

TENGAH HARI
Solat sunat Zuhur - Fardhu Zuhur - Sunat Zuhur serta doa

ISTIGHFAR:
(a) 70 kali/100 kali) (Aku memohon keampunan Allah dan aku bertaubat
kepadNya)
(b) (70/100 kali: Pohon keampunan ibu bapa) (yang bermaksud:
Tuhanku,ampunilah bagiku bagi dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya
sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.
(c) (25 kali:wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali supaya dikasihi Allah (Aku
memohon keampunan kepada Allah yang maha agung bagiku dan bagi dua
ibu bapaku dan bagi sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan
mukminat (lelaki dan perempuan) hidup dan mati)

PETANG
1. Solat Sunat Asar - Fardhu Asar - wirid/doa
2. Zikir (sebanyak yang boleh) Tiada Tuhan melainkan Allah
3.Tasbih yang bermasksud:
(a) Maha Suci Allah yang maha Tinggi
(b) (100 kali) dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat. (Maha suci Allah yang maha agung)
4. Bertakbir (100 kali) amanah Nabi kepada Sayidina Ali sesudah senbahyang asar sebelum tenggelam matahari - setiap hari
5.Selawat: (10/100 kali)



MAGHRIB:
  • berbuka puasa - solat Maghrib dan sunat Maghrib
  • solat sunat Awwabin
  • membaca (50 atau 100 kali) menjadi pengadang dunia dan akhirat. (tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang maha agung)

ISYAK:
  • Solat sunat Isyak, fardu Isyak, sunat Isyak
  • Solat sunat Terawih, sunat witir
  • membaca al-Quran

Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN PENUH KEBERKATAN

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


InsyaAllah, kita dapat bertemu Ramadhan lagi pada tahun ini. Marilah kita memperbaiki diri supaya menjadi seorang insan yang bertaqwa.

Allah maha besar.

Tuesday, August 18, 2009

Regular Health Mistakes!!!

All of us make little health mistakes that cause damage to our bodies in the long run - simply because we are unaware we are doing something wrong. Here are some of the most common mistakes made by many of us.
Crossing our legs!

Do you cross your legs at your knees when sitting? Although we may believe that this is the lady-like elegant way to sit, sitting this way cuts down circulation to your legs. If you don't want varicose veins to mar the beauty of your legs and compromise your health, uncross your legs every time you realise you have one knee on top of the other. The best way to sit is to simply place both legs together on the floor, balancing your weight equally. If you feel like changing position, instead of crossing your legs, simply move both legs together to one side. As an alternative, you could also consider crossing your legs loosely at the ankles. This is a classically elegant way to sit, and is far better for your legs and your health than sitting with your legs crossed at your knees.

Not changing our toothbrush!
How often do you change your toothbrush? Most of us wait until most of the bristles have either fallen off, or are in such bad shape that we'd be embarrassed to pull out our brush in public. However, since not many of us need to pull out our brush in public, we carry on with our frayed one until we lose it. Replace your toothbrush often. Damaged bristles can harm the enamel, and don't massage your gums well. If you find brushing your teeth a pain like I do, but know you must do it, you might as well be doing it right. Imagine going through the annoyance of brushing your teeth twice a day only to find out that you're damaging your enamel every time you clean your teeth. Also, use a brush with soft bristles unless your dentist has advised otherwise.

Eating out often!
There are oils that are high in cholesterol, and oils that cause little harm and are better for your heart. However, no matter how light the oil is, it is never a good idea to eat too much of it. Avoid fried foods.Remember that in all probability your favorite Indian food restaurant throws a huge, HUGE chunk of butter in a tiny bowl of dal. Rita, who worked in the kitchen of a 5 star hotel, was shocked when she saw the cook chop a 500gm butter slab in half, and throw half into a Paneer Makhani dish. No wonder the customers left licking their fingers. And no wonder they felt so stuffed and heavy afterwards. Limit outdoor eating unless you know that you're getting served light and healthy food.

Skipping breakfast!
Never, ever skip breakfast. Remember, when you wake up in the morning it's been around 10-12 hours since your last meal. Your body needs food now, more than at any other time. Eat a heavy breakfast. You will then be busy through the day, and the calories will get expended quickly. If you are trying to diet, eat a light dinner. Here are some more common health mistakes we make. Being informed and making a few changes can help make us feel a whole lot better.

High heels!
High heels sure look great, but they're murder for your back. This however doesn't mean you should steer clear of stilettos. Wear them, but not when you know you will be walking around a lot. Wear them when going out for lunch or dinner - when the only walking you will be doing is to your car, to the table, and back. Avoid high heels when you are going somewhere on foot. If you are constantly tempted to wear your heels, take a good look at your flats. Is there something about them you dislike? Invest in a new pair of beautiful flats or shoes with a low heel. Buy something you love, that you will enjoy wearing. If possible, get a atching bag. You will then enjoy your flats as much as you do your heels.

Sleeping on a soft bed!
You don't have to sleep on the floor be kind to your back, but do make sure you have a firm mattress. Although a mattress on springs is soft and lovely to sink into, it's bad for your back. If you already have an old bed with springs, you don't need to invest in a new one - simply get a thick wooden plank put over the springs, and place the mattress on the plank. Similarly, if your mattress is old and lumpy, throw it out and get a new one. Your neck and your back will thank you. The same rule applies to sofas. If you will be spending hours on a sofa, get a firm yet comfortable one. Sofas you completely sink into are not the best idea.

Pillows!
No matter how comfortable sleeping with ten cushions is, have pity on your neck and resist. Sleep with one pillow, and make sure it is not too thick. If your pillow gets lumpy, discard it and go for a new one. Get a thin pillow if you sleep on your stomach, and something a little thicker if you sleep on your back, to give your neck adequate support.

Not exercising!
So all of us know we should exercise more, but many of us don't. This is a health mistake we consciously make! And why is that? Simply because we refuse to admit the damage we are causing to our bodies by not working out. A number of people only start working out once they've experienced a warning signal. Don't wait for a heart attack to strike before you decide to opt for a lifestyle change. Make the change now.. You don't need to train for the marathon to be in top shape. Half an hour of brisk walking three to four times a week will make a world of difference to your health. You could then increase this to forty minutes, four times a week - and you're all set. If you haven't exercised for a week, you're making a mistake.


Today's Message of the Day is:

Life is short. Break the rules.Forgive quickly.. Kiss slowly. Love truly. Laugh uncontrollably, and never regret anything that made you smile.


Ini adalah sedikit info yang di email oleh rakan lama. Rasanya patut kita renungkan dan fikirkan bersama semoga hidup lebih sejahtera serta sihat dan dapat mempertingkatkan lagi amal ibadat kita.

Wednesday, July 15, 2009

Biasiswa.. dan Amanah serta Tanggungjawab

Dah lama tak coretkan sesuatu ke dalam blog ni.. rasa malas sangat dan kesuntukan idea serta masa. Banyak sangat yang perlu dibereskan sebelum mengambil cuti yang agak panjang untuk belajar. Belajar..semoga allah memberi kekuatan kepadaku semester ini untuk mengatur perjalanan hidupku sebagai seorang pelajar, dengan amanah yang amat berat, biasiswa yang diterima merupakan suatu anugerah dan rezeki yang penuh dengan amanat dan amanah...Bukan duit yang dicari tetapi ketenangan dalam mencari ilmu, bukan pangkat yang dikejar kerana sememangnya aku tahu ianya tidak menjanjikan apa-apa tetapi manafaat ilmu yang diperolehi moga dapat menjadi pembimbing kepada diri sendiri serta anak bangsa.. sedih melihat anak bangsa di kampung yang seolah tiada tujuan dan semangat dalam mencari ilmu. Moga allah memberi jalan untuk mudahkan jalankan dalam pencarian ilmu ini , moga aku dapat mencari kedua-duanya ilmu dunia dan akhirat.. dalam tempoh cuti belajar ini. Terima kasih kepada ibuku.. yang sentiasa mendoakan kejayaanku, kejayaan memperolehi biasiswa ini aku tahu berkat dari doamu yang tidak pernah putus.. walaupun langkahku agak lewat, Terima kasih juga buat suami tercinta yang sentiasa memberi laluan dan berkorban dalam memberi laluan kepadaku untuk menuntut ilmu... alhamdulilah serta sujud syukur kepadaNya moga aku dapat menunaikan amanat serta tanggungjawab yang diberi ini dengan cemerlang. Kalau dulu belajar kerana kecintaan kepada ilmu dan keinginan untuk memperbaiki diri serta kepuasan .. pendek kata banyak berkisar dengan diri dan keluarga tetapi kini tanggungjawab kian berat. Dengan biasiswa yang diterima sebenarnya aku memikul tanggungjawab yang berat, agar ilmu yang diperolehi benar-benar dapat dimanafatkan oleh anak bangsa dan negara... syabas untuk semua rakan-rakan yang telah mendapat biasiswa HLP marilah kita sentiasa muasabah diri supaya kita benar-benar merealisasikan apa yang diamanah oleh KPM.

Wednesday, June 17, 2009

HLP

alhamdulilah berjaya juga akhirnya.

Monday, May 18, 2009

AKU KAH GURU

Masih kuingat kalau dulu awal 1994 mula-mula posting, tugasku sebagai guru begitu mencabar tetapi menyeronokan. Walaupun penat melayan kerenah murid-murid yang masih beringus..dan kekadang terpaksa melayan karenah mereka yang tidak pernah dibuat sebelum ini, tapi setiap hari ada kepuasan dalam diri setiap hari. Kadang-kadang buat ABM kat umah sampai penuh rumah.. masa tu anak baru sorang tapi hati puas melihat anak murid yang tidak mengenal ABC akhirnya pandai membaca, malah sanggup tunggu sampai ke petang untuk memastikan pelajar lemah dapat sama menguasai kemahiran yang diajar... sekarang rasanya semuanya dah besar, ada dah kerja dan kahwinpun. Tetapi lepas sambung belajar dan diposting ke sekolah menengah, rasa macam ada sesuatu yang hilang dalam menjalankan tugas. Masa SMK Keathwa hati masih lagi berbunga walaupun sudah ditimbun dengan banyak kerja perkeranian tetapi seronok kerana admistrator sentiasa menyokong. Tetapi sekarang setelah jadi guru data segalanya berubah...stress, badan selalu tak sihat.. aku sudah kehilangan nikmat sebagai seorang guru...masa mengajar memang kurang tetapi aku seorang guru bukan seorang kerani...

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bahawasanya kami
Guru-guru negara MalaysiaDengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negara
Kami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Tuesday, April 28, 2009

LEPAS SATU BEBAN


dah lama tak update blog ni.. sibuk dengan proposal biasiswa master, assigment and ari ni exam paper fundamental. Soalan taklah susah sangat tapi kesuntukan masa membaca sampai tak sempat ulang kembali yang dah di baca maka adalah beberapa topik yang mudah lupa.. ralat betul. Sesungguhnya belajar ni seronok tapi dengan keadaan sibuk disekolah dengan data yang tidak berkesudahan menjadi rasa tak keharuan . kekadang kesian dekat anak-anak n suami.. tapi alhamdulilah tuhan mengurniakan aku seorang suami yang begitu sporting semua berjalan dengan lancar atas sokongan dia. kekadang kita tidak menghargai apa yang telah tuhan kurniakan kepada kita yang serba kekurangan ini...Sibuk mengejar dunia tapi sebenarnya kita juga kena ambil kesempatan untuk mengejar akhirat sama. Tapi rasanya bila buat master ni luangkan masa pukul 4 pagi buat assigment dapat juga bangun buat tahjud. Kalau tidak malas tapi dorongan assingment membuat kita sedar n insaf jangan cari dunia sahaja buat sama yang akhirat semoga allah berkati.

Wednesday, March 18, 2009

Fi Tech

Check out this SlideShare Presentation:

Tuesday, March 17, 2009

Grade 2 3 Examples

Check out this SlideShare Presentation:

Sunday, March 15, 2009

ANISA


bukan main lagi cik mek ni posing . bab ni no 1.

KENANGAN

Kekadang teringat kawan lama masa di smt dulu aidah,khairani..utea, sharifah , noraidzun,fuziah di mana mereka semua. Balik Tumpat pun tak pernah jumpa ..kawan-kawan di SM Teknik Ipoh haslina.. masih ingat kat aku tak.. haslina ni seingat aku orang yang paling cantik kat SMT Ipoh tika itu bila aku tengok autograf yang anak aku suka buat main skg teringat kenangan manis masa kat SMT . kawan-kawan di M4p acu dah jadi tokea emas besar skg.. tak sangka berjalan hidup ini penuh dengan suka duka, yang akhirnya aku tercampak di kedah

guru

"Being a teacher is one of the hardest jobs on the planet, but fortunately it's also one of the most rewarding" Tiada yang lebih bermakna bagi seorang guru selain kejayaan pelajar-pelajarnya. Walaupun kekadang tidak dihargaipun. 12 feb kami menyaksikan bagaimana pelajar SPM hadir mengambil keputusan peperiksaan, melihat yang gembira airmata tergenang merasa puas dengan apa yang telah diusahakan selama ini. Melihat yang sedih hati ikut bersedih sama, seolah-olah mahu diputarkan jam supaya dapat mengulangi masa sebelum spm dulu supaya peristiwa pahit ini tidak berlaku