Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 15, 2009

Biasiswa.. dan Amanah serta Tanggungjawab

Dah lama tak coretkan sesuatu ke dalam blog ni.. rasa malas sangat dan kesuntukan idea serta masa. Banyak sangat yang perlu dibereskan sebelum mengambil cuti yang agak panjang untuk belajar. Belajar..semoga allah memberi kekuatan kepadaku semester ini untuk mengatur perjalanan hidupku sebagai seorang pelajar, dengan amanah yang amat berat, biasiswa yang diterima merupakan suatu anugerah dan rezeki yang penuh dengan amanat dan amanah...Bukan duit yang dicari tetapi ketenangan dalam mencari ilmu, bukan pangkat yang dikejar kerana sememangnya aku tahu ianya tidak menjanjikan apa-apa tetapi manafaat ilmu yang diperolehi moga dapat menjadi pembimbing kepada diri sendiri serta anak bangsa.. sedih melihat anak bangsa di kampung yang seolah tiada tujuan dan semangat dalam mencari ilmu. Moga allah memberi jalan untuk mudahkan jalankan dalam pencarian ilmu ini , moga aku dapat mencari kedua-duanya ilmu dunia dan akhirat.. dalam tempoh cuti belajar ini. Terima kasih kepada ibuku.. yang sentiasa mendoakan kejayaanku, kejayaan memperolehi biasiswa ini aku tahu berkat dari doamu yang tidak pernah putus.. walaupun langkahku agak lewat, Terima kasih juga buat suami tercinta yang sentiasa memberi laluan dan berkorban dalam memberi laluan kepadaku untuk menuntut ilmu... alhamdulilah serta sujud syukur kepadaNya moga aku dapat menunaikan amanat serta tanggungjawab yang diberi ini dengan cemerlang. Kalau dulu belajar kerana kecintaan kepada ilmu dan keinginan untuk memperbaiki diri serta kepuasan .. pendek kata banyak berkisar dengan diri dan keluarga tetapi kini tanggungjawab kian berat. Dengan biasiswa yang diterima sebenarnya aku memikul tanggungjawab yang berat, agar ilmu yang diperolehi benar-benar dapat dimanafatkan oleh anak bangsa dan negara... syabas untuk semua rakan-rakan yang telah mendapat biasiswa HLP marilah kita sentiasa muasabah diri supaya kita benar-benar merealisasikan apa yang diamanah oleh KPM.