Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 13, 2011

Masa ..masa

Aduh dah hampir akhir tahun dan dah terlalu lama blog ini tidak diupdate..masa yang tidak cukup dan ada saja yang menghalang sekiranya laptop dibuka untuk di update. Renungan untuk diri, sekarang dah bulan Okt , bulan kelahiranku bermakna bertambah setahun lagi usia..tuaaaaaanya tapi masih banyak kekurangan dan masih banyak yang aku belum buat dalam usia sebegini..tahun ni tak banyak perkara penting yang berlaku, nanti nak list

Februari - Adib dpt masuk MRSM Baling - mula episod ulang alik ke baling setiap dua minggu
sekali.

September-Dapat interview matrikulasi - tidak prepare langsung masa pergi kerana kesuntukan
masa, terima surat khamis , isnin interview, masa jummat-sabtu attending wedding anak kteh di Pokok Sena. Masa interview banyak benda yang ditanya aku tau tapi gementar punya pasal seolah lidah kelu otak tak boleh fokus, bila ditanya ada blog tak..mak aii banyak sebenarnya blog 2 , google webpage pun ada, wordpress pun ada tapi ...tak update n ada yg dah lupa password yang ingat blog ni aje alamatnya, bila ditanya ada blog untuk P&P terus kata tak ada sedangkan aku ada tp aku lupa alamat sebab lama tak update... entahlah macam tak dapat je banyak aku jawab kurang memberangsangkan.

Okt- Konvo adus macam dah basi je..tak berapa excited ..last minute cari baju konvo setelah di offer oleh suami setelah seminggu menyanyikan.."Baju konvo..baju konvo..baju konvo" lawak pulak macam bebudak tapi itulah realitinya. Benda yang penting dan mendebarkan..kalut..takut juga berlaku bulan ni, kak long ambik PMR, risau sangat..aku selalu marah dia sebab kurang prepare takut sangat lebih daripada diri dia sendiri.

Nampaknya bulan-bulan lain tak ada apa2 rutin hari-hari je..balik sekolah gosok baju buat kerja sekolah(macam budak2 sekolah jugak cikgu2 ni). Namun ku mengharapkan sinar yang lebih baik terutama bahagian nak siapkan umah yang terbengkalai..sedihhhhhhhhhhh