Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 22, 2015

Monday, August 3, 2015

Siti Nurhaliza - Suara Takbir

r

Kerinduan kepada mek, ayah dan Amir, semoga roh mereka di tempatkan bersama orang yang beriman. Syawal tidak lagi seperti dulu, terasa hambar semakin hambar. Meek

Saturday, May 2, 2015

QU PUTIH KULIT PUTIH IDAMAN SEMUA

Petua Kulit untuk mendapatkan kulit putih
Betik
Kulit yang kusam biasanya disebabkan sel kulit yang telah mati. Cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan buah betik. Ia mengandungi enzim yang bermanfaat membersihkan kekotoran dan menghilangkan sel-sel kulit mati dengan kadar segera. Buah yang sungguh manis rasanya ini juga mengandungi vitamin C yang bermanfaat sebagai antioksida. Kulit anda pasti akan menjadi lebih halus, lembut dan cerah.
Caranya mudah sahaja. Ambil betik yang masih muda, potong dan kisar. Kemudian, titiskan perahan limau nipis. Oleskan di wajah dan leher. Lakukan seminggu sekali untuk hasil yang lebih memuaskan.
Timun
Cara kedua untuk cerahkan kulit ialah menggunakan timun. Sayur ini memiliki kandungan air yang tinggi sekali gus bermanfaat melembapkan kulit wajah. Ia juga bertindak sebagai agen mencerahkan kulit yang terbaik.
Ambil separuh timun yang segar dan kisarkan ia. Titiskan air perahan lemon. Ratakan kesemuanya. Letak di seluruh wajah dan leher anda selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam. Lakukannya setiap hari mengikut kerajinan anda.
Yogurt
Mengubah kulit gelap atau sawo matang menjadi putih amat mustahil kerana ditakuti berlaku beberapa kesan sampingan. Jalan yang terbaik ialah mencerahkannya secara sihat. Untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat, gunakan yogurt. Ia mengandungi vitamin C dan vitamin B3 yang bermanfaat untuk mencerahkan kulit.
Campurkan dua sudu besar yogurt dengan perahan limau nipis. Adun kedua-duanya hingga rata. Kemudian, sapu ke wajah dan leher anda. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Jika ingin mencerahkan bahagian lain pula, jumlah yogurt perlu ditambah untuk hasil yang ketara.
Strawberi
Untuk mencerahkan kulit, anda boleh menggunakan buah strawberi yang kaya dengan vitamin C serta memiliki bahan antioksida yang membantu menyihatkan kulit.
Ditambah pula dengan susu yang kaya mineral, terbukti buah ini mampu menyempurnakan tekstur kulit anda. Nutrisinya yang tinggi menjadi dambaan penggemar rawatan tradisional untuk mendapatkan kulit sihat berseri.
Ambil lima biji strawberi bersaiz kecil. Kisar atau hancurkan kesemuanya. Campur dengan susu segar secukupnya. Oleskan di wajah dan leher selama 15 minit. Bilas dengan air bersih apabila sudah kering. Lakukan dua kali seminggu sehingga kulit mengalami perubahan yang mengagumkan.
Barli
Ketika demam, barli menjadi pilihan utama untuk menghilangkan panas dalam badan. Bukan itu sahaja. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk mencerahkan kulit kerana kandungan protein, karbohidrat, vitamin dan galian di dalamnya merupakan sumber terbaik serat pemakanan.
Jika ingin kelihatan cantik, maka anda perlu rajin untuk mengamalkan petua ini. Ambil segenggam barli yang telah digoreng tanpa minyak. Tumbuk barli tersebut hingga lumat dan bancuh dengan sedikit perahan limau nipis yang telah dicampurkan air masak. Sapukan bancuhan air tersebut di seluruh wajah sebelum tidur.
Beras Pulut
Khasiat beras pulut memang telah lama diakui sejak turun-temurun. Kandungan kanjinya yang tinggi memerlukan ia dibasuh berulang kali hingga bersih. Nyata bahan ini ramai yang menggunakannya untuk mencerahkan kulit kerana ia mampu menanggalkan sel kulit mati.
Caranya, rendam beras pulut hingga lembut dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ke seluruh badan termasuk wajah anda. Apabila separuh kering, gosok kulit anda perlahan-lahan. Bilas hingga bersih. Seeloknya dibuat sebelum mandi.
Kopi
Serbuk kopi berupaya menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah. Untuk mendapat kesan cerah sempurna pada kulit, lakukan cara ini sekerap yang mungkin.
Pertama sekali, campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang. Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh tubuh termasuk wajah anda. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa.

Amalkan 10 Tips untuk mendapat anak yang bertakwa

Wahai ibu-ibu....Amalkan 10 tips dibawah ini bermula dari hari ini juga.
Ingatan untuk diriku yang selalu alpha....................seandainya ibu tiada lagi di dunia ini hanya ini bekal untuk mu wahai anakku dan inilah bukti ibu sentiasa cuba untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anda.......walaupun ada ketikanya kau merasakan amat jengkel melihat dan mendengar kata-kataku.


  1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat        iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah AlFatihah  doakan  semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak  kepada Allah untuk menjaganya.
  2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak)  jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
  3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik  dia dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
  4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
  5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia     masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertiny
  6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana     dosa-dosa kita dimasa lampau.
  7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan   yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.     Ceritalah buat macam dramapun boleh .
  8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan. Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
  9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
  10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau   lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
– Prof. Dr. Muhaya



Monday, March 9, 2015

Mencari syurga

Hidup sebuah percaturan yang harus dirancang dengan teliti, wahai anakku lihat dunia sebagai saham mu di akhirat. Pilihlah pasangan yang betul , yang rancanglah dengan sebaiknya. Jadikan teladan apa yang dilalui oleh terdahulu dari mu

“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)
Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaun hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.
Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak kita yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum kita sempurnakan dan tunaikan.
Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan kepada diri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk bertanya dan bermuhasabah dimana syurgaku.

Saturday, January 10, 2015

LELAKI ISLAM KAH INI

Alangkah indahnya kalau lelaki zaman sekaang mencintai ilmu.

Hidup berumahtangga pasti menjadi indah..

Lelaki tahu menjadi imam solat berjemaah..lelaki tahu menyampaikan tazkirah kepada isteri dan anak2..lelaki tahu mengawal perbelanjaan keluarga..lelaki tahu merancanakan masa depan keluarga.Kan semua  itu memerlukan ilmu??

Masalahnya lelaki sekarang..malas...kurang gemar dengan ilmu.Apatah lagi menanam sikap suka membaca.

Yang memenuhi gedung ilmu hari ini adalah wanita..yang memenuhi ceramah agama..studio tanyalah ustaz semua kaum wanita ..makcik2.

Bila dah berilmu mestilah mahu beramal......contoh:dah ada ilmu akaun..mesti nak keje buat kira2...jadi keluarlah wanita ini berkerja.......

masalah mula timbul dalam rumahtangga.....suami mengambil mudah tanggungjawab..(sebab dah rasa isteri serba boleh)

Suami mula rasa kurang perhatian..sebab isteri sibuk mencari ilmu/rezeki..sedangkan suami setakat tu je..tak mau bergerak2...bila dah boring..cari keseronokan...jumpa pulak..perempuan lain...

masalah lain pulak timbul bagi pihak isteri..soal suami minta poligami.........soal suami berzina...soal suami abaikan tanggungjawab

:sedihnya:..inilah rentetan masalah rumagtangga....

Mana rata2 kaum lelaki hari ini? dipusat serenti? di sel2 penjara? masuk kumpulan ajaran sesat..pakida/3 line....yang cacat anggota/ merempit....??