Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 3, 2013

DOA-DOA KASIH SAYANG

Assalamualaikum, rasanya dah lama dibiarkan blog ni bersawang, kesibukan membuatkan aku melupakannya sekejap , hari ni nak post video ni supaya ia senang untuk di akses oleh aku sendiri disamping berkongsi dengan rakan-rakan, ikut ditulis doa pengasih tapi kurasa agak tidak gemar dengan perkataan tu macam sihir pulak walhal ia di ambil dari al quran, doa ini untuk mengerat kasih sayang antara suami isteri, anak-anak , ibu bapa, mertua dan ipar duai. Bukan untuk kekasih  dan perkara -perkara yang bertentangan dengan islam, semoga kita mendapat manafaat bersama atas landasan yang direstui dan dirahmati allah.

Friday, October 18, 2013

Friday, May 17, 2013

Tuesday, March 26, 2013

MENJADI LEBIH BAIK SETIAP DETIK

Setiap hari aku menjadi takut pada bayang-bayang sendiri, takut akan dosa yang mungkin dilakukan tanpa disedari. Pada allah , ibubapa, suami dan anak-anak. Aku takut kepada kealphaan sendiri. Kadang-kadang lupa kepada matlamat yang satu, bila amarah menguasai. Kagum dengan mereka yang berjaya, ingin menjadi seperti mereka tetapi entah seakan ada kekangan yang sentiasa menghalang walaupun allah sentiasa memurahkan rezeki, aku sendiri seolah mensiakan kesempatan yang mengunjung tapi aku redha, tetapi sentiasa takut kepada kealphaan sendiri. Kepada allah ampunkan aku, kepada ibu maafkan daku, kepada suami ampunkan aku, kepada anak-anak ampunkan aku kerana aku bukan ibu yang terbaik.

KATA DR MUHAYA YANG INGIN KUTITIPKAN DISINI SEBAGAI DAIRI PERINGATAN BUAT SEORANG YANG BERNAMA AKU.



Jika anak tak seperti kita mahu lihat apa contoh kita beri pada mereka sejak di lahirkan. JIka buruk minta maaf pada mereka dan mulakan mencari ilmu dan buat perubahan. tidak cukup kata kita gagal tapi ambil tindakan saat ini. Jangan sekali malas

Kita mesti sentiasa berfikir untuk jadi baik bukan jadi terkenal

Manusia ini sebenarnya tidor dan hanya sedar bila mati. Bila Allah beri hidayah maka baru mereka sedar- Sentiasa berdoa Allah beri kesedaran - Tanyalah UStaz

PAra ibu bapa tentukan anak anak menonton majlis ilmu- Jika tidak akan menyesal nanti bila hanya cerdik akal tapi mati jiwa- . Jika ibu bapa tidak memperbaiki diri setiap hari bagaiamana anak anak akan menjadi baik. JOm cari ilmu bukan berita. Channel mana kita tonton itulah gambaran dunia dalaman dan niat hidup kita setiap hari

Apabila Allah menghina seorang hamba pada gerak gerinya dia akan meletakkan habuan nafsu sebagai matlamat maka di dindingkan ubudiah daripadanya. dia sentiasa berada dalam syahwat dan menjauhkan diri daripada Allah sekalipun pada zahirnya seolah olah beribadat- Ini bala besar. Jom audit diri samaada kita ibadah sahaja tetapi adakah di sertai dengan ubudiah. yakni ibadah dengan menghambakan diri dan hati pada Allah bukan hanya fizikal sahaja. Jom lihat diri dan ini punca masaalah kita semua dan jika kita banyak masaalah renung tentunya kerana cinta dunia bukan cinta akhirat.

Kita mesti ibadah dengan ilmu bukan ikut ikutan dan jom ikhlaskan diri kerana Allah. Jika ada masaalah kembali pada Allah dan tanya niat dan betulkan niat. Jika rasa marah lihat kenapa kita marah kerana Allah atau kerana ego. buang sifat tamak, haloba, dendam , dengki dan sombong. Sifat ini punca masaalah . Jom audit diri. PAda semua yang menanyakan masaalah jawapan ada pada diri kita bila kita ambil masa dan lihat diri dan muhasabah diri

Semoga kita saling menghargai dan menjaga kata kata kita dan apa kita fikirkan sentiasa. Hentikan melihat orang dan mengkritik. Banyakkan menyebut kebaikan orang lain dan sangka baik dan lihat bagaimana indah hari kita setiap hari. Amalkan memberi lebih dari menerima. Niat untuk hentikan mengeluh, merungut, mengumpat

Monday, March 4, 2013

Tips Didik Anak Dr Zaharuddin





Bukan senang menjadi ibubapa di zaman seba moden..kadang-kadang kita seolah berputus asa..semoga video ini dapat menambahkan ilmu dan kekuatan jiwa