Monday, December 17, 2012
Sunday, December 16, 2012
Wednesday, October 17, 2012
Saturday, September 29, 2012
DOA-DOA MELEMBUTKAN HATI (BHG 2).wmv
Semoga menjadi amalan dengan niat mencari keredhaan dunia akhirat
Friday, September 28, 2012
Mendidik anak
Semua orang ingin anak menjadi orang yang beriman, berakhlak mulia dan berjaya dunia dan akhirat tetapi kita sebagai ibubapa juga hendaklah berusaha supaya kita sendiri menjadi orang yang terpuji , berakhlak mulia betul amal ibadatnya . Itu yang agak susah kadang-kadang. tetapi kita sendiri harus berdoa dan berusaha ke arah itu supaya anak juga mencontohinya. Antara tip yang dibaca dari http://www.darulnuman.com, yang boleh kita amalkan.
Anak merupakan anugerah dan amanah Allah kepada kita. Dalam Al-Quran juga ada mengatakan bahawa anak juga merupakan fitnah, maksudnya adalah jika kita tidak mendidik menurut ketentuan dan tuntunan Islam maka dia menjadi anak yang derhaka. Kederhakaan merupakan fitnah yang paling besar baik bagi diri anak mahupun kedua ibu bapa.
Anak merupakan anugerah dan amanah Allah kepada kita. Dalam Al-Quran juga ada mengatakan bahawa anak juga merupakan fitnah, maksudnya adalah jika kita tidak mendidik menurut ketentuan dan tuntunan Islam maka dia menjadi anak yang derhaka. Kederhakaan merupakan fitnah yang paling besar baik bagi diri anak mahupun kedua ibu bapa.
Dalam
mendidik anak kita dituntut agar bersabar, dan membekalkan
diri mereka dengan ilmu agama. Sebab dengan pengetahuan
agama sajalah dapat mendidik mereka menuju anak soleh atau solehah.
Disamping itu kita disuruh berdoa selesai mengerjakan solat
agar anak-anak kita menjadi anak yang pandai, bijak,
berakhlak mulia, menjalankan perintah Allah dan orang tua,
serta mendoakan ke atas mereka agar selamat di dunia dan
akhirat.
Diantara doa-doa yang perlu diamalkan untuk anak-anak kita adalah seperti berikut:
1. Doa agar anak patuh kepada Allah rujuk Al-Quran surah Al Baqarah ayat 1280
2. Doa agar diberikan anak yang baik rujuk Al-Quran surah Ali Imran ayat 38
3. Doa agar diberikan zuriat menyenangkan hati rujuk Al-Quran surah ayat Furqan 74
4. Doa agar anak tetap mengerjakan solat rujuk Al-Quran surah Ibrahim ayat 40
Wallahu A'lam.
Sunday, September 23, 2012
Saturday, September 22, 2012
Quran Explorer
betapa takut dan kerdilnya diri ini bila membaca terjemahannya...Ya allah hanya kepadamu aku berserah dan hanya padamu ku memohon agar sentiasa di landasan yang kau redhai.
Quran Explorer - [Sura : 87, Verse : 1 - 19] -->
Surah Al-Ala
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan). (1) Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. (2) Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayat petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya). (3) Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak. (4) Kemudian Dia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering (berubah warnanya) kehitam-hitaman. (5) Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan Jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa. (6) Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan. Sesungguhnya Dia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), yang nyata dan yang tersembunyi. (7) Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat. (8) Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). (9) Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu. (10) Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya. (11) Dialah orang yang akan menderita bakaran Neraka yang amat besar (azab seksanya). (12) Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang. (13) Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). (14) Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (15) (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. (16) Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. (17) Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu. (18) Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. / (19)
Quran Explorer - [Sura : 87, Verse : 1 - 19] -->
Saturday, August 4, 2012
Post Pertama 2012- memohon keberkatan ramadhan
Sentiasa berdoa semoga apa yang di lakukan di dunia akan menjadi aset akhiratku. Refleksi diri yang dibuat banyak peluang yang kita dapat tetapi kejayaannya kurang memberangsangkan.. takut nanti di akhirat jua kosong yang dibekalkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)