Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 18, 2009

AKU KAH GURU

Masih kuingat kalau dulu awal 1994 mula-mula posting, tugasku sebagai guru begitu mencabar tetapi menyeronokan. Walaupun penat melayan kerenah murid-murid yang masih beringus..dan kekadang terpaksa melayan karenah mereka yang tidak pernah dibuat sebelum ini, tapi setiap hari ada kepuasan dalam diri setiap hari. Kadang-kadang buat ABM kat umah sampai penuh rumah.. masa tu anak baru sorang tapi hati puas melihat anak murid yang tidak mengenal ABC akhirnya pandai membaca, malah sanggup tunggu sampai ke petang untuk memastikan pelajar lemah dapat sama menguasai kemahiran yang diajar... sekarang rasanya semuanya dah besar, ada dah kerja dan kahwinpun. Tetapi lepas sambung belajar dan diposting ke sekolah menengah, rasa macam ada sesuatu yang hilang dalam menjalankan tugas. Masa SMK Keathwa hati masih lagi berbunga walaupun sudah ditimbun dengan banyak kerja perkeranian tetapi seronok kerana admistrator sentiasa menyokong. Tetapi sekarang setelah jadi guru data segalanya berubah...stress, badan selalu tak sihat.. aku sudah kehilangan nikmat sebagai seorang guru...masa mengajar memang kurang tetapi aku seorang guru bukan seorang kerani...

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bahawasanya kami
Guru-guru negara MalaysiaDengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negara
Kami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.