KATA DR MUHAYA YANG INGIN KUTITIPKAN DISINI SEBAGAI DAIRI PERINGATAN BUAT SEORANG YANG BERNAMA AKU.
Jika anak tak seperti kita mahu
lihat apa contoh kita beri pada mereka sejak di lahirkan. JIka buruk minta maaf
pada mereka dan mulakan mencari ilmu dan buat perubahan. tidak cukup kata kita
gagal tapi ambil tindakan saat ini. Jangan sekali malas
Kita mesti sentiasa berfikir untuk
jadi baik bukan jadi terkenal
Manusia ini sebenarnya tidor dan
hanya sedar bila mati. Bila Allah beri hidayah maka baru mereka sedar- Sentiasa
berdoa Allah beri kesedaran - Tanyalah UStaz
PAra ibu bapa tentukan anak anak
menonton majlis ilmu- Jika tidak akan menyesal nanti bila hanya cerdik akal
tapi mati jiwa- . Jika ibu bapa tidak memperbaiki diri setiap hari bagaiamana
anak anak akan menjadi baik. JOm cari ilmu bukan berita. Channel mana kita
tonton itulah gambaran dunia dalaman dan niat hidup kita setiap hari
Apabila Allah menghina seorang hamba
pada gerak gerinya dia akan meletakkan habuan nafsu sebagai matlamat maka di
dindingkan ubudiah daripadanya. dia sentiasa berada dalam syahwat dan
menjauhkan diri daripada Allah sekalipun pada zahirnya seolah olah beribadat-
Ini bala besar. Jom audit diri samaada kita ibadah sahaja tetapi adakah di
sertai dengan ubudiah. yakni ibadah dengan menghambakan diri dan hati pada
Allah bukan hanya fizikal sahaja. Jom lihat diri dan ini punca masaalah kita semua dan jika kita banyak
masaalah renung tentunya kerana cinta dunia bukan cinta akhirat.
Kita mesti ibadah dengan ilmu bukan
ikut ikutan dan jom ikhlaskan diri kerana Allah. Jika ada masaalah kembali pada
Allah dan tanya niat dan betulkan niat. Jika rasa marah lihat kenapa kita marah
kerana Allah atau kerana ego. buang sifat tamak, haloba, dendam , dengki dan
sombong. Sifat ini punca masaalah . Jom audit diri. PAda semua yang menanyakan
masaalah jawapan ada pada diri kita bila kita ambil masa dan lihat diri dan
muhasabah diri
Semoga kita saling menghargai dan
menjaga kata kata kita dan apa kita fikirkan sentiasa. Hentikan melihat orang
dan mengkritik. Banyakkan menyebut kebaikan orang lain dan sangka baik dan
lihat bagaimana indah hari kita setiap hari. Amalkan memberi lebih dari
menerima. Niat untuk hentikan mengeluh, merungut, mengumpat