Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 28, 2012

Mendidik anak

 Semua orang ingin anak menjadi orang yang beriman, berakhlak mulia dan berjaya dunia dan akhirat tetapi kita sebagai ibubapa juga hendaklah berusaha supaya kita sendiri menjadi orang yang terpuji , berakhlak mulia betul amal ibadatnya . Itu yang agak susah kadang-kadang. tetapi kita sendiri harus berdoa dan berusaha ke arah itu supaya anak juga mencontohinya. Antara tip yang dibaca dari http://www.darulnuman.com, yang boleh kita amalkan.

Anak merupakan anugerah dan amanah Allah kepada kita. Dalam Al-Quran juga ada mengatakan bahawa anak juga merupakan fitnah, maksudnya adalah jika kita tidak mendidik menurut ketentuan dan tuntunan Islam maka dia menjadi anak yang derhaka. Kederhakaan merupakan fitnah yang paling besar baik bagi diri anak mahupun kedua ibu bapa.
Dalam mendidik anak kita dituntut agar bersabar, dan membekalkan diri mereka dengan ilmu agama. Sebab dengan pengetahuan agama sajalah dapat mendidik mereka menuju anak soleh atau solehah. Disamping itu kita disuruh berdoa selesai mengerjakan solat agar anak-anak kita menjadi anak yang pandai, bijak, berakhlak mulia, menjalankan perintah Allah dan orang tua, serta mendoakan ke atas mereka agar selamat di dunia dan akhirat.
Diantara doa-doa yang perlu diamalkan untuk anak-anak kita adalah seperti berikut:
1. Doa agar anak patuh kepada Allah rujuk Al-Quran surah Al Baqarah ayat 1280
2. Doa agar diberikan anak yang baik rujuk Al-Quran surah Ali Imran ayat 38
3. Doa agar diberikan zuriat menyenangkan hati rujuk Al-Quran surah ayat Furqan 74
4. Doa agar anak tetap mengerjakan solat rujuk Al-Quran surah Ibrahim ayat 40

Wallahu A'lam.